Liga Super: Habib Haroon tinggalkan Kedah?

Liga Super: Habib Haroon tinggalkan Kedah?


KUALA LUMPUR – Tonggak tengah Kedah Darul Aman FC, Habib Haroon dikhabarkan sudah mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan Kedah untuk menamatkan kontrak lebih awal.

Pemain import dari Bahrain itu dikatakan telah mengucapkan salam perpisahan bersama pasukan dan akan menyertai kelab Sitra yang kini beraksi di liga utama negara.

Habib merupakan sebahagian daripada tonggak import baru Kedah untuk musim 2024/25 dan menjadi pilihan pengendali, Nafuzi Zain.

Selain itu, Sang Kenari turut merekrut Ebenezer Assifuah, Milos Gordic, Cleylton, Sukhrob Nurullaev dan Sony Norde.

“Difahamkan tonggak import tengah Kedah Darul Aman, Habib Haroon ucap selamat tinggal kepada pasukan selepas capai persetujuan bersama dengan pihak pengurusan kelab.

“Habib dijangka menyertai kelab Sitra yang beraksi di Liga Premier Bahrain,” memetik laporan wartawan Astro Arena dalam satu hantaran di X.

Sementara itu, antara nama besar yang dijangka turut meningggalkan jersi Hijau Kuning ialah penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz.

Bagaimanapun, destinasi seterusnya penjaga gawang berusia 29 tahun itu tidak dapat dipastikan.

Walaupun tiada sebarang laporan mengatakan masalah tunggakan gaji menjadi faktor Kedah bakal kehilangan beberapa pemain utama namun hantaran dari beberapa pemain jelas menceritakan keadaan Sang Kenari.

Sebelum ini, bek tengah Sang Kenari, Irfan Zakaria berkongsi video yang menyebut gaji dalam Insta Story miliknya baru-baru ini dan dikatakan sebagai petunjuk mengenai masalah kewangan Kedah.

Sementaran itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan tempoh pendaftaran kedua kini dibuka selama  minggu bermula hari ini hingga 22 September 2024. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top