Liga Super: JDT bermandi peluh jinakkan Jang

Liga Super: JDT bermandi peluh jinakkan Jang


Kesebelasan JDT – Foto Johor Southern Tigers

[DIKEMAS KINI] BIARPUN dikejutkan dengan dua gol awal pada suatu ketika, namun Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya bangkit  menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 5-3 di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.

Kedua-dua pasukan bermula baik sebaik wisel permulaan, tetapi peawat lebih dahulu  mengejutkan tuan rumah pada minit ke-8, apabila membuka jaringan menerusi penyerang import dari Ghana Joseph Esso.

Belum sempat kesebelasan Harimau Selatan itu menyusun gerakan balas, gawang mereka bolos lagi dan kali ini giliran import Bosnia, Jovan Motika mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-12.

Ketinggalan dua gol menyaksikan JDT mula bangkit mengatur asakan-asakan berbahaya ke gawang lawan.

Hasilnya, Jon Irazabal merapatkan jurang gol pada minit ke-38 sebelum João Figueiredo menggamatkan stadium apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-41.

Gol itu menyaksikan JDT semakin hebat mengasak ke gawang pelawat pada penghujung perlawanan; namun tiada tambahan jaringan dihasilkan bagi menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 menuju bilik persalinan.

JDT bermula garang pada babak kedua hingga berjaya menjaringkan dua gol  pantas daripada Irazabal pada minit ke-57 diikuti Arif Aiman Hanapi pad minit ke-58.

Namun kegembiraan penyokong JDT hanya seketika apabila Motika sekali lagi menjaringkan gol buat skuad Hobin Jang Hobin itu pada minit ke-60.

Penghujung perlawanan menyaksikan. JDT semakin hebat mengasak peledak berbisa. Bergson Da Silva, menjaringkan gol pada masa kecederaan dan sekali gus mengesahkan kemenangan skuad Harimau Selatan itu.



Source link

OR

Scroll to Top