Liga Super: KDN FC sambar pemain Palestin kedua

Liga Super: KDN FC sambar pemain Palestin kedua


KUALA LUMPUR – Kelantan Darul Naim (KDN) FC terus mempertajamkan jentera serangan apabila membawa masuk pemain import sayap, Layth Kharoub pada perpindahan kedua Liga Malaysia yang baru dibuka.

Kemasukan bekas pemain kebangsaan Palestin itu adalah usaha segera Sang Kijang Emas untuk kembali bersaing dalam Liga Super setelah tewas lapan daripada sembilan perlawanan.

“Layth dipilih hasil pemantauan ketat pihak kejurulatihan apabila dibawa ke Malaysia sejak Jun lalu bagi menilai secara menyeluruh gaya permainannya.

“Setelah melalui beberapa ujian termasuk satu perlawanan persahabatan, dia ditawarkan satu kontrak sehingga tamat musim 2024/25,” katanya kelab itu di media sosial di sini.

KDN memberitahu, abang kepada kapten kelab itu, Oday Kharoub itu berpengalaman beraksi di pentas antarabangsa apabila merekodkan 11 penampilan serta lima jaringan gol sejak dipanggil pada tahun 2021.

Kelab terakhirnya ialah bersama Al-Dhahiriya SC di mana dia sempat beraksi dua perlawanan dan menjaringkan lina gol.

Namun kerana pergolakan serta peperangan di Palestin, saingan liga di negara itu tidak dapat diteruskan.

Sebelum menandatangani kontrak dengan KDN FC, sebuah kelab Liga Libya berminat untuk merekrutnya.

Namun dia memilih untuk bersama Oday membantu kelab dan pasukan meneruskan perjuangan sehingga penghujung musim.

“Justeru itu, KDN FC juga berharap pemain berusia 33 tahun ini dapat berjuang merebut tempat dalam kesebelasan utama sekaligus memperbaiki kedudukan dalam carta,” kata KDN. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top