Liga Super: Mampukah TFC atasi JDT di Stadium Sultan Ibrahim?

Liga Super: Mampukah TFC atasi JDT di Stadium Sultan Ibrahim?


KUALA LUMPUR – Bekas pemain Johor, Khalid Shahdan merasakan perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC dalam aksi Liga Super malam ini di Stadium Sultan Ibrahim bakal menyajikan pertembungan sensasi.

Ini kerana beliau sendiri sudah lama menantikan perlawanan getir sselepas melihat reputasi dimiliki oleh kedua-kedua pasukan.

Terengganu sekarang semakin menyerlah untuk cuba mengatasi tuan rumah pada malam ini.

Bagaimanapun, Khalid yang merupakan pemain pada era 80-an menyifatkan rekod yang dimiliki JDT masih sukar untuk diatasi namun tetap perlu berwaspada dan tidak boleh leka terutamanya apabila sentiasa dianggap sebagai kelab gergasi di pentas Liga Malaysia.

JDT yang kini masih unggul di takhta liga selepas menang lima aksi Liga Super setakat ini sememangnya akan terus dahagakan kemenangan dalam misi menewaskan anak buah Tomislav Steinbruckner yang juga masih belum tewas selepas empat perlawanan.

“Sudah pasti perlawanan yang dinanti-nantikan oleh para peminat sebab dua kelab ini yang masih cemerlang belum tewas di Liga Super.

“Saya sendiri pun teruja nak melihat apakah antara kejutan yang akan kita saksikan pada malam ini sebab bola ini bulat, jadi apa sahaja boleh berlaku.

“Dan memang setiap kelab kalau boleh nak cuba menang ke atas JDT dan melihat kepada rekod yang ada pada mereka, memang bukan senang.

“Namun, mereka tidak boleh leka dan saya tengok JDT ini sentiasa bekerja keras untuk terus memberi saingan yang hebat di pentas liga ini”, katanya kepada Liga Bolasepak Malaysia.

Bercakap mengenai prestasi setiap individu pemain JDT, Khalid tidak menolak barisan pemain mereka masing-masing dalam kelas tersendiri baik pemain import dan tempatan.

Namun beliau sentiasa mengikuti rapat perkembangan pemain sensasi, Arif Aiman yang dilabel sebagai pemain muda menakjubkan untuk era kini.

“Sudah tentu kalau nak bercakap pasal pemain JDT, kita tahu import mereka mempunyai kualiti yang cukup hebat.

“Tetapi saya lebih berminat untuk tengok pemain tempatan di mana saya tetap berbangga melihat anak muda seperti Arif Aiman yang semakin membanggakan setiap kali dia beraksi”, tambahnya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top