Liga Super penuh kejutan

Liga Super penuh kejutan


Pertembungan JDT dan Kuching City di Stadium Negeri Sarawak dihadiri lebih 13,000 penyokong. Foto Kuching City

TONGGAK pertahanan Kuala Lumpur City (KL City) FC, Giancarlo Gallifuoco menyifatkan permulaan saingan Liga Super musim 2025/26 cukup luar biasa dengan kejutan demi kejutan mewarnai perjalanan awal liga kali ini.

Menurutnya, kualiti permainan semakin meningkat, manakala sambutan penyokong di stadium menunjukkan perkembangan positif yang mengagumkan.

“Permulaan musim ini memang istimewa. Setiap perlawanan sukar dijangka, mutu permainan sangat tinggi dan kehadiran penyokong pula jelas menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan,” katanya.

Liga Malaysia 2025 membuka tirai pada 8 Ogos lalu menerusi aksi Piala Sumbangsih yang menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Selangor FC 3-0, sekali gus mengekalkan kejuaraan tersebut.

Namun, prestasi JDT selepas itu menjadi perhatian apabila skuad Harimau Selatan dilihat masih mencari rentak berikutan beberapa perubahan dalam senarai pemain.

Juara 11 kali berturut-turut itu tetap berdepan saingan sengit daripada pasukan lain, termasuk Negeri Sembilan FC yang hanya tewas 3-5 di Stadium Sultan Ibrahim.

Kuching City FC turut mencuri perhatian apabila berjaya mencabar Harimau Selatan namun terpaksa akur tewas tipis 0-1 disaksikan ribuan penyokong yang membanjiri Stadium Negeri, Sarawak.

Kehadiran memberangsangkan itu turut dapat dilihat dalam aksi Negeri Sembilan menentang Selangor FC di Stadium Paroi dengan 25,550 penyokong hadir.



Source link

OR

Scroll to Top