SELANGOR FC memperkukuhkan cengkaman tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Sabah FC, 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas pada Selasa.
The Rhinos asuhan Datuk Ong Kim Swee yang turun tanpa khidmat Park Tae-soo, Gabriel Schmegel Wotter Peres dan Stuart John Wilkin dalam kesebelasan utama bermula garang.
The Red Giants kendalian Nidzam Jamil pula yang mempertaruhkan Ronnie Fernandez, Alvin Fortes dan Reziq Bani di bahagian depan juga beberapa kali mengancam benteng pasukan tuan rumah.
Sabah terlebih dulu di depan hasil jaringan sendiri kapten Red Giants, Safuwan Baharuddin yang terbias percubaan Jafri Firdaus Chew menewaskan Samuel Somerville pada minit ke-27.
Selangor yang tidak tenggelam kembali menyamakan kedudukan hasil sentuhan Fernandez menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat minit ke-31 bagi mengikat separuh masa pertama 1-1.
Separuh masa kedua, Sabah dan Selangor meningkatkan intensiti permainan menyaksikan beberapa percubaan dinafikan kecemerlangan penjaga gawang masing-masing.
Selangor akhir berjaya menemui tiga mata diidamkan apabila tandukan Harith Haiqal Adam Afkar minit ke-85 sekali lagi menewaskan Khairul Fahmi.
Tiga mata diraih di Likas membolehkan Selangor berada di kedudukan kedua dengan 19 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.
Sabah pula kekal di kedudukan keempat dengan 13 mata selepas mengharungi lapan perlawanan liga.
REKOD LIGA SUPER
Selangor 1-1 Sabah
Sabah 2-3 Selangor
Sabah 2-1 Selangor
Selangor 1-0 Sabah
LIGA SUPER 2024/25
KEPUTUSAN
Sabah FC 1-2 Selangor FC
OR