Lihat aurat mayat ketika memandikannya

Lihat aurat mayat ketika memandikannya





– Advertisement –

Soalan:

Apakah tukang mandi mayat boleh melihat kepada auratnya ketika urusan memandikannya?

– Advertisement –

Jawapan:

Wajib menutup jenazah ketika dimandikan sehingga tidak ada siapa pun boleh nampak auratnya kerana orang mukmin itu dimuliakan ketika hidupnya dan ketika matinya.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

ويجب ستر عورة المغسول

Ertinya: “Dan wajib menututp aurat mayat yang dimandikan.” (Kitab Al-Majmuk)

Dan haram orang yang memandikan mayat atau pembantunya atau warisnya melihat kepada aurat mayat.

Tersebut pada Kitab Al-Fiqh ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah:

يجب ستر عورة الميت، فلا يحل للغاسل ولا غيره أن ينظر إليها

Ertinya: “Wajib menutup aurat mayat maka tiada halal bagi yang memandikan dan tiada halal bagi yang lain bahawa melihat ia kepada auratnya.” (Kitab Al-Fiqh ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah)

Wallahua’lam. – – HARAKAHDAILY 10/2/2025





Source link

OR

Scroll to Top