Lima bintang Manchester United bakal dilepaskan

Lima bintang Manchester United bakal dilepaskan



MANCHESTER United dilaporkan bersedia untuk melepaskan lima pemain mereka apabila jendela perpindahan musim panas dibuka.Skuad The Red Devils ketika ini sedang meneruskan misi memburu tiket ke saingan Liga Juara-Juara selepas mengharungi kempen musim ini tanpa sebarang aksi bola sepak Eropah.Michael Carrick yang mengambil alih tugas sebagai pengurus sementara United sejak Januari lalu telah merekodkan prestasi yang baik.Ia sekali gus menyaksikan kemungkinan pasukan itu akan menamatkan kedudukan dalam saingan EPL di posisi lebih baik berbanding musim lalu.Namun, tanpa mengira di kedudukan manapun United menamatkan saingan EPL musim ini, satu perkembangan baharu telah muncul mengenai perancangan pihak pengurusan tertinggi di Old Trafford menjelang jendela perpindahan musim panas nanti.Memetik laporan The Sun, lima pemain dijangka meninggalkan United dalam usaha kelab tersebut mengumpul dana bagi menampung baki yuran perpindahan sebanyak £422 juta yang masih belum dilunaskan.Pemain yang disebut-sebut bakal meninggalkan United secara tetap musim panas ini dilaporkan terdiri daripada Mason Mount, Joshua Zirkzee, Rasmus Hojlund, Andre Onana, dan Manuel Ugarte.Hojlund dan Onana ketika ini sedang beraksi bersama kelab lain secara pinjaman dan kedua-dua mereka dilihat semakin hampir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada The Red Devils secara mutlak.Sebelum ini, United telah meminjamkan Hojlund ke Napoli berserta klausa kewajipan untuk membeli.Pengarah Sukan kelab Itali itu, Giovanni Manna turut mengesahkan bahawa penyerang berkenaan akan ditandatangani secara tetap.”Tiada keraguan. Rasmus Hojlund akan kekal di sini. Kami mempunyai kewajipan untuk membelinya daripada Man Utd sekiranya Napoli layak ke Liga Juara-Juara, namun dia tetap berada dalam perancangan kami tanpa mengira syarat ini,” kata Manna.Sementara itu, Onana yang kini beraksi secara pinjaman di Trabzonspor berdepan situasi berbeza apabila wujud keraguan sama ada kelab Turki berkenaan mampu mengikat penjaga gol itu secara tetap.Naib Presiden Trabzonspor, Zeyyat Kafkas yang berkongsi perkembangan terkini mengenai masa depan Onana awal bulan ini berkata, harga yang diletakkan United agak mustahil buat mereka.”Oleh kerana nilai yang diletakkan oleh Manchester United untuk pembelian Andre Onana berada dalam lingkungan €45 hingga €50 juta, presiden kami telah memaklumkan perkara ini secara jujur kepada pihak pengurusan dan penyokong selaras dengan realiti kewangan Trabzonspor,” jelas Kafkas kepada Gunebakis.”Saya tidak fikir maklumat ini memberi kesan langsung kepada Onana. Perancangan Onana adalah jika bukan di England, dia mahu meneruskan karier bersama kelab di Eropah. Keluarganya juga berpendapat sedemikian.”Presiden hanya mahu menjelaskan situasi sebenar Trabzonspor. Namun, jika syarat-syarat (harga) berubah, keadaan juga mungkin berubah,” tambahnya.Dalam pada itu, Zirkzee dilaporkan terus bergelut untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama United sejak Ruben Amorim dilantik sebagai ketua jurulatih pada November 2024, dan nasibnya kekal sama di bawah kendalian Carrick.Bagi Mount pula, dia sempat menikmati minit permainan yang baik bersama United pada musim ini, namun terpaksa melupakan enam perlawanan terakhir EPL ekoran kecederaan.Ugarte turut berdepan masa depan yang tidak menentu di Old Trafford apabila sekadar memulakan perlawanan dalam tujuh aksi liga bagi saingan musim ini.



Source link

OR

Scroll to Top