Lima laporan polis diterima berhubung penganjuran program Glamping With Pride

Lima laporan polis diterima berhubung penganjuran program Glamping With Pride

Lima laporan polis diterima berhubung penganjuran program Glamping With Pride


mhafis@mediaprima.com.my

Kajang: Polis sudah membuka kertas siasatan membabitkan iklan program ‘Glamping With Pride’ yang dijadualkan pada 17 dan 18 Januari ini bertempat di Hulu Langat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, setakat ini sebanyak lima laporan diterima polis merujuk kepada aduan pertama.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat pada 8 Januari lalu jam 6.10 petang berkaitan iklan program itu.

“Program ini dipercayai boleh mendatangkan masalah sosial dan melanggar tatasusila.

“Setakat ini, Polis Daerah Kajang menerima lima laporan polis merujuk kepada aduan yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh sehingga setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

“Masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa menjaga tatasusila dan tidak melakukan perkara yang dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkit pecah keamanan,” katanya.

Katanya, tindakan tegas berlandaskan undang-undang juga akan diambil jika aktiviti sebegini diteruskan.

“Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini bolehlah berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Nur Ayuni Abd Aziz di talian 0162080717 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan sebuah kumpulan pro golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) menyatakan mereka akan meneruskan program ‘Glamping With Pride’ di Hulu Langat hujung minggu depan walaupun mendapat bantahan.

Kumpulan dikenali sebagai Jejaka itu menegaskan program selama dua hari itu adalah ‘retreat’ berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, sokongan rakan sebaya, dan kesedaran kesihatan.

Kumpulan itu turut menegaskan bahawa aktiviti sebegitu tidak melanggar undang-undang negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top