Lima lelaki ditahan disyaki ceroboh hutan simpan

Lima lelaki ditahan disyaki ceroboh hutan simpan


Kuantan: Lima lelaki termasuk empat warga Indonesia ditahan disyaki menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di Mukim Tras, Raub semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 5 petang sebelum sepasukan polis ke lokasi terbabit.

Beliau berkata, semasa di kawasan berkenaan, polis telah terserempak dengan seorang lelaki tempatan yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dan seorang lelaki warga Indonesia menunggang motosikal.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menemukan sebuah rumah kongsi didiami tiga warga Indonesia.

“Justeru, polis menahan kesemua lima lelaki berkenaan yang berusia antara 40 dan 65 tahun serta menghubungi Pejabat Hutan Daerah Raub untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shahril berkata kes disiasat mengikut Seksyen 88 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top