“Listen To Your Body, Jangan Terus Hentam Exercise” – Uyaina Arshad

“Listen To Your Body, Jangan Terus Hentam Exercise” – Uyaina Arshad

“Listen To Your Body, Jangan Terus Hentam Exercise” – Uyaina Arshad


Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi pesanan buat para ibu yang baru melahirkan anak supaya tidak terburu-buru melakukan senaman sebelum tubuh benar-benar pulih sepenuhnya.

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina memaklumkan, dia kini berada pada hari ke-44 selepas bersalin (postpartum) dan baru sahaja menerima mesin treadmill miliknya.

Bagaimanapun, Uyaina menyarankan agar setiap ibu memberi masa kepada tubuh badan masing-masing untuk pulih sepenuhnya sebelum memulakan aktiviti senaman.

“Day 44 postpartum today. And my new treadmill dah sampai. I am so excited can you tell?

“Kepada semua ibu-ibu yang baru lepas bersalin, sebelum exercise tu listen to your body ok.

“Make sure badan dah pulih dan dah rasa okay untuk exercise, baru mula. Sebab tu waktu pantang I take it seriously. Pantang untuk recovery,” katanya.

Dalam hantaran sama, Uyaina berkata tempoh berpantang amat penting bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik selepas melahirkan anak.

“Dan saya dah recover well Alhamdullilah. And start slow. Jangan terus hentam exercise yang dahsyat,”jelasnya.

 



Source link

OR

Scroll to Top