Liverpool elak terperangkap mainan emosi di Everton

Liverpool elak terperangkap mainan emosi di Everton


PENGENDALI Liverpool, Arne Slot menjangkakan suasana bingit apabila menentang seteru tetangga Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park pada Sabtu.

Namun Slot memberi amaran The Reds tidak boleh terperangkap dalam emosi sepanjang Derbi Merseyside terakhir yang berlangsung di stadium lama gergasi Inggeris itu.

Sebagai rekod, anak buah Slot boleh melebarkan status pendahuluan Liga Perdana Inggeris sekiranya membawa pulang tiga mata dari laman seteru tetangga dengan kemenangan.

“Ia akan menjadi perlawanan yang istimewa untuk semua orang. Untuk semua peminat, pemain dan pengurus yang terlibat.

“Untuk menjadi sebahagian daripada permainan sudah pun istimewa tetapi ia menjadi yang terakhir di Goodison menjadikannya lebih istimewa.

“(Tetapi) ia hanya satu pengalaman yang bagus jika keputusannya mengikut kehendak anda. Itulah yang paling kami usahakan. Saya tidak pernah bercakap tentang tiga mata sebelum perlawanan dan terutamanya jika anda menghadapi pasukan seperti Everton yang sentiasa menjaga rekod di laman sendiri.

“Kami tahu kami perlu bersedia menentang pasukan yang sukar. Penyokong mereka akan menjadi lantang. Kami perlu bersedia untuk segala-galanya dalam perlawanan ini,” katanya.

Sebagai rekod, perlawanan Liverpool-Everton akan menjadi pertembungan yang ke-245 antara saingan, dan terakhir di Goodison sebelum Everton berpindah dari laman sejak 1892 dan ke Stadium Bramley-Moore Dock baharu berkapasiti 52,000.

Fokus Reds dalam Derbi Merseyside itu akan terarah untuk kembali ke landasan kemenangan selepas kehilangan mata ketika seri 3-3 dengan Newcastle United.



Source link

OR

Scroll to Top