Liverpool julang kejuaraan EPL ke-20

Liverpool julang kejuaraan EPL ke-20


LIVERPOOL: Liverpool mengesahkan status raja England apabila membelasah Tottenham Hotspur 5-1 untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di Anfield, sebentar tadi.

Kemenangan penuh bergaya itu membolehkan skuad kendalian Arne Slot menyamai rekod Manchester United sebagai pasukan paling banyak menjuarai liga utama dengan 20 trofi.

Liverpool bangkit selepas dikejutkan jaringan awal Dominic Solanke, sebelum Luis Diaz, Alexis Mac Allister dan Cody Gakpo meletakkan mereka di depan seawal separuh masa pertama.

Bintang Mesir, Mohamed Salah terus mencetuskan kegilaan di Anfield apabila meledak gol keempat sebelum Destiny Udogie menghadiahkan gol kelima menerusi jaringan sendiri.

Slot, yang mengambil alih tugas daripada Jurgen Klopp musim panas lalu, memuji mentaliti luar biasa anak buahnya yang tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan.

“Semua dalam bas tadi sudah bersumpah, kami tak akan kalah. Mereka ini, apa pun terjadi, akan cari jalan untuk menang,” kata Slot.

Dengan kemenangan itu, Liverpool kini mengumpul 82 mata, meninggalkan pencabar terdekat Arsenal dengan kelebihan 15 mata berbaki empat perlawanan. – AGENSI





Source link

OR

Scroll to Top