Liverpool langgar habis Accrington Stanley

Liverpool langgar habis Accrington Stanley


Danns antara penjaring buat Liverpool ketika berdepan Accrington di Anfield pada Sabtu. Foto Agensi

JUARA lapan kali, Liverpool melaungkan amaran awal apabila membuka gelanggang Piala FA dengan membelasah kelab Divisyen Empat, Accrington Stanley 4-0 dalam aksi pusingan ketiga di Anfield pada Sabtu.

The Reds kendalian Arne Slot bermula garang apabila memimpin separuh masa pertama dengan gol yang dihasilkan daripada Diogo Jota (m-29) dan Trent Alexander-Arnold (m-45).

Kelab Merseyside itu kemudian melebarkan lagi jaringan pada separuh masa kedua bermula dengan sentuhan pemain gantian Jayden Danns.

Danns yang berusia 18 tahun menggantikan Rio Ngumoha, 16 tahun membalas kepercayaan selepas empat minit dimasukkan untuk gol ketiga.

Federico Chiesa yang dimasukkan pada minit ke-46 menggantikan Dominik Szoboszlai menoktahkan kemenangan The Reds dengan gol minit ke-90.

Kali terakhir Liverpool menjulang Piala FA adalah pada edisi 2022 selepas menewaskan Chelsea dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley.

Reds bimbingan Jürgen Klopp ketika itu menewaskan The Blues kendalian Thomas Tuchel menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

PIALA FA

PUSINGAN KETIGA

KEPUTUSAN

Aston Villa 2-1 West Ham United

Bristol City 1-2 Wolves

Middlesbrough 0-1 Blackburn Rovers

Birmingham City 2-1 Lincoln City

Liverpool 4- 0 Accrington Stanley



Source link

OR

Scroll to Top