Salah antara pencetak gol Liverpool di Anfield. Foto Agensi
PENYANDANG juara Liverpool menempah tiket perlawanan akhir ke Wembley selepas menewaskan Tottenham Hotspur dengan agregat 4-0 dalam aksi separuh akhir kedua Piala Liga yang berlangsung di Stadium Anfield.
Liverpool kendalian Arne Slot yang melayan Tottenham bimbingan Ange Postecoglou yang berbekalkan kemenangan 1-0 terlebih dulu mematikan kelebihan pelawat dengan gol Cody Gakpo minit ke-34.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kemudian meningkatkan tekan apabila Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol Spurs, Antonin Kinsky pada minit ke-51.
Dua gol Reds lagi dijelmakan Dominik Szoboszlai minit ke-75 sebelum tandukan Virgil van Dijk minit ke-90 melengkapkan kemenangan 4-0 bergaya Liverpool.
Kemenangan itu membolehkan Liverpool berdepan Newcastle United bimbingan Eddie Howe dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley yang dijadualkan pada 16 Mac.
Newcastle sebelum itu mara ke final selepas menewaskan saingan Tottenham di utara London, Arsenal dengan agregat 4-0 untuk memastikan final kedua The Magpies dalam tiga tahun.