Liverpool masih Raja Merseyside

Liverpool masih Raja Merseyside


Ekitike antara penyumbang gol buat Liverpool di Anfield. Foto: Agensi

LIVERPOOL meneruskan rentak sempurna dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan kelima berturut-turut dengan menundukkan seteru jiran, Everton, 2-1 dalam Derbi Merseyside di Stadium Anfield, pada Sabtu.

Skuad bimbingan Arne Slot bermula garang seawal minit ke-10 apabila Ryan Gravenberch memanfaatkan hantaran Mohamed Salah untuk sentuhan penyudah menewaskan Jordan Pickford.

Gravenberch sekali lagi menjadi watak penting apabila bijak melorongkan bola kepada Hugo Ekitike pada minit ke-29 untuk jaringan kedua tuan rumah.

Kekuatan skuad The Reds turut terserlah apabila Slot mampu menyimpan dua bintang baharu bernilai keseluruhan £241 juta (RM1.42 bilion), Florian Wirtz dan Alexander Isak, di bangku simpanan sebelum dimasukkan pada babak kedua.

Everton bagaimanapun enggan menyerah kalah kemudian bangkit merapatkan jurang pada minit ke-58.

Jack Grealish melorong bola lintang buat Iliman Ndiaye yang kemudiannya menghidangkan peluang sempurna untuk Idrissa Gueye menewaskan Alisson Becker.

Namun, semangat kebangkitan itu tidak cukup untuk menafikan dominasi Liverpool yang menutup aksi penuh bergaya, sekali gus mengekalkan rekod bersih lima kemenangan daripada lima perlawanan awal musim ini.

Ringkasan AI

  • LIVERPOOL mencatat kemenangan kelima berturut-turut dalam EPL dengan mengalahkan Everton 2-1
  • Ryan Gravenberch memanfaatkan hantaran Mohamed Salah untuk jaringan pertama
  • Hugo Ekitike menjaringkan gol kedua untuk Liverpool atas assist dari Gravenberch
  • Arne Slot menyimpan dua pemain bernilai £241 juta, Florian Wirtz dan Alexander Isak, sehingga babak kedua
  • Everton memperkecil kedudukan melalui gol Idrissa Gueye namun gagal menyamakan kedudukan



Source link

OR

Scroll to Top