Liverpool mula perkukuh benteng

Liverpool mula perkukuh benteng


LIVERPOOL mengesahkan persetujuan untuk mendapatkan pertahanan muda berbakat, Giovanni Leoni, dari kelab Serie A, Parma, sekali gus memperkukuh benteng pertahanan menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim baharu menentang Bournemouth di Anfield, Sabtu ini.

Walaupun nilai rasmi tidak diumumkan, media Britain melaporkan yuran perpindahan pemain berusia 18 tahun itu sekitar 26 juta euro (RM128 juta).

Leoni dijangka menjalani ujian perubatan pada Jumaat sebelum menyertai skuad utama tanpa melalui tempoh pinjaman.

Pengendali Liverpool, Arne Slot, mahu Leoni segera menyesuaikan diri dalam barisan pertahanan yang diketuai Virgil van Dijk bersama Ibrahima Konaté dan Joe Gomez, yang masih diragui tahap kecergasannya selepas pulih daripada kecederaan.

“Standard di sini adalah 10/10, tetapi ‘baik’ sahaja tidak cukup. Kami perlu meningkatkan lagi tahap permainan. Menentang Bournemouth nanti, tiada alasan,” tegas Slot yang mahu anak buahnya bermula garang walaupun kehilangan beberapa tonggak utama musim lalu.

Slot turut mengakui cabaran mempertahankan kejuaraan kali ini lebih sukar berikutan persaingan sengit dan proses adaptasi pemain baharu.

Liverpool bakal berdepan jadual sukar awal musim termasuk bertemu Newcastle United dan Arsenal dalam tiga aksi pertama EPL.

LIGA PERDANA INGGERIS 2025/26

16 Ogos (Sabtu)

Liverpool lwn Bournemouth, 3 pagi

Aston Villa lwn Newcastle United, 7.30 malam

Brighton lwn Fulham, 10 malam

Sunderland lwn West Ham United, 10 malam

Tottenham Hotspur lwn Burnley, 10 malam

17 Ogos (Ahad)

Wolves lwn Manchester City, 12.35 tengah malam

Chelsea lwn Crystal Palace, 9 malam

Nottingham Forest lwn Brentford, 9 malam

Manchester United lwn Arsenal, 11.30 malam

19 Ogos (Selasa)

Leeds United lwn Everton, 3 pagi

 

 



Source link

OR

Scroll to Top