Liverpool perkukuhkan cengkaman pendahulu EPL

Liverpool perkukuhkan cengkaman pendahulu EPL


Jota meledak jaringan kemenangan buat Liverpool di Anfield pada Khamis. Foto: Agensi

LIVERPOOL melebarkan langkah pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Everton 1-0 dalam perlawanan Derbi Merseyside di Stadium Anfield pada Khamis.

Tiga mata milik anak buah Arne Slot itu dijelmakan menerusi jaringan separuh masa kedua Diogo Jota, untuk mata ke-73 selepas mengharungi 30 perlawanan, mengembalikan kelebihan 12 mata pendahulu liga berkenaan.

Pencabar terdekat Arsenal pula di tangga kedua dengan 61 mata diikuti Nottingham Forest (57 mata), Manchester City (51 mata), juga selepas mengharungi 30 perlawanan.

Sementara itu, Everton kendalian David Moyes yang rekod sembilan perlawanan liga tanpa kalah mereka berakhir, berada di tempat ke-15 dengan 34 mata.

Everton sebelum itu berpeluang memimpin perlawanan namun gol awal Beto dibatalkan kerana ofsaid sebelum Jota memecah kebuntuan minit ke-57 dengan gol pertamanya dalam tempoh dua setengah bulan.

“Sangat penting, sudah tentu. Bukan sahaja kerana ini adalah perlawanan derbi, tetapi kerana (perlawanan pertama selepas) rehat antarabangsa.

“Penting untuk memulakan dengan tiga mata dan diharapkan ia memberi kami momentum untuk baki musim ini,” kata Jota.

Derbi Merseyside di Stadium Goodison Park sebelum ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada Februari lalu, dengan James Tarkowski menyamakan kedudukan pada masa kecederaan dalam permainan yang huru-hara dengan layangan empat kad merah, termasuk satu kepada Slot.



Source link

OR

Scroll to Top