Liverpool temui pengganti van Dijk?

Liverpool temui pengganti van Dijk?


LIVERPOOL dilapor menjadi antara empat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang memancing pemain pertahanan Bayer Leverkusen, Jonathan Tah.

Tottenham Hotspur, Chelsea dan Manchester United juga dikatakan berminat merekrut pemain berusia 28 tahun itu yang memiliki baki kontrak setahun bersama Leverkusen.

Pemain Jerman ini hampir menyertai Bayern Munich pada jendela perpindahan musim panas sebagai pengganti Matthijs de Ligt, namun perpindahan ke kelab gergasi Bundesliga itu tidak menjadi kenyataan.

Menurut laporan SportBild, Tah lebih berminat beraksi di EPL.

Jika Tah ke Liverpool, ia akan menjawab teka-teki kepada masa depan Virgil van Dijk yang masih belum diberikan sebarang kontrak baharu untuk kekal di Anfield.

Kontrak pemain dari Belanda itu tamat dalam masa kurang 12 bulan dan setakat ini tidak jelas kenapa Liverpool enggan menyambung kontraknya.

Bagi kelab yang terlepas peluang pada musim panas ini, jendela perpindahan musim sejuk akan dibuka pada 1 Januari 2025 dan ditutup pada 3 Februari 2025.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top