Leipzig, Jerman: Pemain pertahanan Liverpool, Kostas Tsimikas berkata kekecewaan musim lalu mendorong permulaan cemerlang The Reds dalam kempen ini, selepas kemenangan 1-0 Liga Juara-Juara ke atas RB Leipzig awal pagi tadi.
Tahun lalu, Liverpool memenangi Piala Liga dan berada di puncak carta Liga Perdana di penghujung musim Jurgen Klopp, dengan harapan untuk merangkul empat trofi, tetapi prestasi buruk menyebabkan mereka tersingkir dari persaingan.
Tahun ini, Liverpool memenangi 11 daripada 12 perlawanan dalam semua pertandingan di bawah pengurus baharu Arne Slot, permulaan terbaik bagi seorang pengurus Reds.
Tsimikas yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dalam perlawanan itu, mengakui bahawa kegagalan di akhir musim lalu memacu pasukan kali ini.
“Sudah tentu (ia mendorong kami). Saya rasa musim lalu, di penghujungnya kami menghancurkan segalanya,
“Selepas satu keputusan buruk, saya rasa, berdepan Manchester United, pasukan dalam perlawanan seterusnya bukanlah pasukan yang sama seperti sebelum ini,” katanya.
Liverpool kini berada di puncak carta Liga Perdana dan juga salah satu daripada dua pasukan, disamping Aston Villa, yang meraih tiga kemenangan daripada tiga perlawanan dalam Liga Juara-Juara musim ini.
Mereka akan bertandang ke Arsenal untuk menentang seteru utama pada hari awal pagi Isnin dan boleh mendahului tujuh mata mengatasi Gunners jika meraih kemenangan.
Tsimikas berkata ia “terlalu awal” untuk bercakap mengenai trofi, tetapi menambah “kami menetapkan matlamat kami pada awal musim dan kami mahu ingin mengejar semuanya.”
“Saya rasa kami akan pergi ke Arsenal untuk bermain dengan cara kami dan memenangi perlawanan, itu adalah sasaran kami.
“Kami akan menonton setiap perlawanan, satu perlawanan demi satu perlawanan yang perlu kami menangi, untuk meraih tiga mata dan bermain bola sepak yang baik.”
Darwin Nunez menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan itu, gol pertamanya dalam pertandingan sejak Februari dan pengurus Arne Slot berkata dia “memburu gol mungkin lebih daripada satu tetapi hari ini dia memberikan kami satu gol yang bermakna.”
© New Straits Times Press (M) Bhd