Loke kekal dalam CEC DAP baharu

Loke kekal dalam CEC DAP baharu



am@hmetro.com.my

Shah Alam: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, terus mengekalkan pengaruhnya dalam DAP selepas sekali lagi dipilih menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, hari ini.

Bekas Setiausaha Agung DAP itu antara 29 lagi pemimpin lain yang mengesahkan keanggotaan dalam senarai kepemimpinan baharu parti itu.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pemilihan CEC DAP, Desmond Tan, pada Kongres Ke-18 parti berkenaan yang diadakan di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam, dekat sini.

Barisan 30 ahli CEC baharu DAP itu kemudian dijadualkan mengadakan perbincangan untuk memuktamadkan perjawatan bakal disandang bagi setiap pemimpin yang dipilih menganggotai kepemimpinan utama parti berkenaan.

Selain Loke, empat daripada enam bekas Naib Pengerusi DAP, masing-masing Gobind Singh Deo, Chong Chien Jen, Chow Kon Yeow, dan Nga Kor Ming turut mengesahkan keanggotaan dalam barisan kepemimpinan baharu parti itu.

Satu daripada tiga bekas Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong, bersama bekas Setiausaha Organisasi, Steven Sim Chee Keong, juga muncul sebagai antara pemimpin yang sekali lagi dipilih membarisi CEC parti itu.

Turut dipilih ialah dua bekas Penolong Setiausaha Organisasi, Khoo Poay Tiong dan Ng Suee Lim, serta bekas Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching, serta bekas Penolong Setiausaha Publisiti, Hannah Yeoh.

Selain itu, Yeo Bee Yin, Ng Sze Han, Chan Foong Hin, Wong Kah Woh, Vivian Wong Shir Yee, Lee Chin Chen, Alice Lau Kiong Yeing, Liow Cai Tung, Teo Kok Seong, Syahreedzan Johan, Young Syefura Othman, Ramkarpal Singh, J Arul Kumar, P Kasturi, Howard Lee, Wong Shu Qi, Tan Hong Pin, dan Ngeh Koo Ham.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top