LTdL 2024: Bintulu menjadi milik Malucelli

LTdL 2024: Bintulu menjadi milik Malucelli


BINTULU: Pelumba JCL Team UKYO, Matteo Malucelli membuktikan beliau seorang pakar pecut yang unggul selepas berjaya memintas wakil Tudor Pro Cycling. Arvid De Kleijn pada saat akhir untuk bergelar juara peringkat ketujuh dari Miri ke Bintulu Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024), hari ini.

Dengan laluan terpanjang pada perlumbaan sejauh 199.3km itu, pelumba kelahiran Itali berkenaan berhasil tiba di garisan penamat dengan catatan masa empat jam 18 minit 3 saat (s) manakala dua pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvin De Kleijn berada di tempat kedua manakala Maikel Zijlaard di carta ketiga.

Dalam pada itu, perseteruan Jersi Jingga diteruskan dengan De Kleijn kekal menjadi Raja Pecut selepas mengumpul 66 mata dan pencabar terdekatnya, Malucelli yang kekurangan satu mata untuk merebut jersi berkenaan.

Walaupun hanya satu zon pendakian di laluan peringkat ketujuh ini, pelumba BH-Burgos, Mario Aparicio turut mengekalkan Jersi Polka Dot selaku Raja Bukit selepas mengumpul 27 mata diikuti Max Poole dari Team dsm-firmenich PostNL sebagai pencabar terdekat dengan 22 mata.

Penaklukan Jersi Putih sebagai pelumba terbaik Asia kekal menjadi Manabu Ishibashi dari JCL Team UKYO dengan catatan masa 23:22:24s setakat perlumbaan peringkat kelapan, semalam.

Peringkat terakhir hari ini akan diteruskan di sekitar bandar Bintulu dan menawarkan jarak sejauh 147.5km dan hanya menawarkan tiga zon pecutan di Kem Batu 18, Lasar Kenyalang 1 dan Lasar Kenyalang 2.





Source link

OR

Scroll to Top