TIGA pasukan Pro team – Equipo Kern Pharma, Corratec Vini Fantini dan VF Group Bardiani membuat rombakan besar-besaran terhadap barisan pelumba masing-masing 10 hari menjelang perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang akan membuka tirai edisi ke-28 di Pulau Langkawi pada 29 September ini.
Pasukan Kern Pharma yang berpangkalan di Sepanyol akan mempertaruhkan Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utamanya dengan melakukan enam pertukaran pelumba dalam senarai terkini yang dikeluarkan pasukan itu kepada penganjur LTdL pada Rabu.
Miguel Angle, 27, yang memenangi dua peringkat perlumbaan di Tour of Hainan pada Ogos lalu, akan dibantu empat rakan senegara – Jorge Gutierrez Gonzalez, Ibon Ruiz Sedano, Unai Iribar Jauregi, Pablo Carrascosa Miller dan Danny Van Der Tuuk (Poland).
Sebanyak 22 pasukan akan berjuang dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, dan ia pastinya menjadi cabaran utama kepada barisan para pelumba di LTdL 2024 ini dengan menempuh jarak keseluruhan 1,190 kilometer bermula di Pulau Langkawi dan buat julung kalinya akan memasuki Miri dan Bintulu di Sarawak.
OR