Luah Rasa Kagum Pada Mawi, Netizen Dakwa Ciapan Dr. Fie Ada Maksud Tersirat? – “Terus Kuat, Insya-Allah Semua Okay”

Luah Rasa Kagum Pada Mawi, Netizen Dakwa Ciapan Dr. Fie Ada Maksud Tersirat? – “Terus Kuat, Insya-Allah Semua Okay”


Perkongsian terkini isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Fie yang secara terbuka memuji penyanyi, Mawi.

Menerusi ciapan di platform Threads, Dr. Fie mendedahkan dia amat meminati serta mengagumi Mawi ketika di awal kemunculannya dalam industri menerusi program realiti nyanyian.

“Semasa muda, saya amat mengagumi Mawi terutamanya sejak masuk program nyanyian dengan ‘tagline’ dia ‘Mawi WORLD’. Biasa saja tetapi menakjubkan.

“Ketika itu lagi dia dah pakai ‘mendonia’,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang bersetuju dengan pandangan Dr. Fie itu turut menyifatkan Mawi seorang selebriti yang telah mencipta fenomena.

Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang berpendapat ciapan Dr. Fie itu seolah-olah memberi bayangan ciapannya itu terdapat makna tersirat lain.

Pada Ahad lalu, Mawi menjadi penyanyi jemputan dan rakan duet kepada suaminya, Nubhan yang kini bertanding dalam sebuah pertandingan nyanyian.



Source link

OR

Scroll to Top