Pelakon Eyka Farhana selamat menimang cahaya mata sulung pada Sabtu lalu yang diberi nama Muhammad Luay Khayr.
Bagaimanapun, ada segelintir individu mempertikaikan mengenai pemilihan nama tersebut yang didakwa pelik serta mendakwa mengikut gaya barat.
BACA: Eyka Farhana Selamat Bersalin Anak Sulung, Pilih Nama Muhammad Luay Khayr
Tidak kurang juga, ada netizen yang tampil pertahankan pemilihan nama anak pelakon itu yang diambil daripada Rasulullah SAW yang kesembilan iaitu Lu’ay.







