Pelakon Lufya Omar mempersoalkan bayaran mutaah hanya RM150 sebulan didakwa dibuat oleh bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.
Menerusi perkongsian di Instagram, Lufya mempersoalkan bilakah bayaran tersebut akan selesai jika bulanannya hanya RM150.
BACA: “Ada Yang Berhutang Dengan Saya Di Akhirat” – Lufya Omar Tarik Diri Tuntut Nafkah Anak
“Kalau bayar RM150 sebulan, bila nak habis bayar hutang? Hak daripada mutaah saya masuk akaun anak. Apa kemenangan yang kamu gebangkan? Jumlah itu dikira daripada kemampuan kamu. Tapi kalau bayar macam ini, sampai bila nak habis hutang?” tulisnya.
Sementara itu, Lufya mendakwa bayaran nafkah anak tunggal mereka Laana Haura juga berkurang selepas dia menarik balik kes. Jelas Lufya lagi, dia bersuara kerana ia melibatkan hak anaknya serta tidak menghalalkan apa yang dilakukan terhadapnya.
“Duit nafkah anak makin turun ya selepas saya tarik kes. Bertahun-tahun cakap baik diri sendiri dan keluarga, masih tidak ada kesedaran.
“Move on? Hey, ini hak Haura. Bersiap sedia dengan balasan Allah. Saya tidak menghalalkan setiap perbuatan kamu terhadap kami selama ini,” katanya.
