Luis Garcia dilantik Ketua Pegawai Eksekutif JDT

Luis Garcia dilantik Ketua Pegawai Eksekutif JDT


Garcia bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT semasa menerima watikah pelantikan pada Jumaat. Foto: Johor Southern Tigers.

GERGASI Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) melantik pemenang Liga Juara-Juara dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Luis Garcia, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Selatan berkuat kuasa 1 April.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, pelantikan Garcia berikutan penstrukturan bagi mengukuhkan dan memaksimumkan kepakaran pengurusan kelab dari selatan tanah air tersebut.

Jelas JST, bekas pemain Barcelona, ​​Liverpool dan Atletico Madrid itu juga merupakan pemegang Lesen Pro Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan Sarjana Eksekutif UEFA untuk Pemain Antarabangsa selain peranannya selaku duta untuk Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), UEFA dan LaLiga.

“Penstrukturan semula itu juga melihatkan Alistair Edwards kini menggalas dua peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu dan Pengarah Teknikal kelab.

“Jawatan yang pernah disandang Alistair Edwards, bekas legenda antarabangsa Australia dan Johor dari 2017 hingga 2022, yang mana beliau melakarkan pembangunan belia dan membentuk kejayaan Akademi JDT,” menurut laman itu lagi.



Source link

OR

Scroll to Top