Luqman Hakim kehilangan bapa tersayang

Luqman Hakim kehilangan bapa tersayang


Luqman berkongsi khabar sedih kehilangan bapa tersayang menerusi Instagram. Foto: Instagram Luqmansham

KHABAR duka buat pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin apabila kehilangan orang tersayang yang dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.30 petang tadi.

Berita sedih kehilangan bapa tercinta, Shamsudin Mahmood dikongsi pemain berusia 22 tahun itu yang ketika ini berkelana di Jepun bersama kelab Yokohama SCC menerusi laman sosialnya.

“Assalamualaikum. Ayah saya Shamsudin Mahmood telah kembali ke Rahmatullah. Pada hari ini, Ahad 3 November 2024. Jam 1.30 petang. Al-Fatihah,” catat beliau menerusi Instagram pada Ahad.

Foto kenangan Luqman (kiri) bersama bapa tercinta, Allahyarham Shamsudin (dua dari kiri). Foto Instagram Luqmansham.

Foto kenangan Luqman (kiri) bersama bapa tercinta, Allahyarham Shamsudin (dua dari kiri). Foto Instagram Luqmansham.

Luqman yang pernah bermain bersama Njarovk FC lahir dari projek bola sepak Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Sebagai rekod pemain kelahiran Kelantan itu memegang status kontrak pemain pinjaman.

Kontraknya bersama kelab Belgium, KV Kortrijk untuk tempoh lima tahun hingga 2025 dan hanya boleh berpindah sebagai ejen bebas pada tahun depan.



Source link

OR

Scroll to Top