M Nasir kekal gelaran Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi

M Nasir kekal gelaran Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi


syafil.syazwan@hmetro.com.my

Petaling Jaya : Komposer dan ‘sifu’ dalam industri muzik tanah air, Datuk M Nasir diumumkan sebagai Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi di Anugerah MACP 2025 yang berlangsung malam ini.

M Nasir dalam ucapan kemenangannya meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada keluarga yang menjadi sistem sokongannya.

“Saya bersyukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada keluarga, isteri dan anak-anak,” katanya.

Di acara sama, M Nasir turut membawa pulang anugerah kategori Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi menerusi lagu Tiara ciptaannya.

Anugerah MACP 2025 turut menyaksikan kemenangan lapan kategori lain iaitu Lagu Melayu Persembahan Tertinggi (Sayunk I Love You), Lagu Inggeris Persembahan Tertinggi (Old Love),

Lagu Cina Persembahan Tertinggi (Zai Jia Na Gong He Guo Li Hun), Lagu Tamil Persembahan Tertinggi (Yennode Macha),

Lagu Luar Negara Persembahan Tertinggi (Dawai), Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi (Taja Archive Sdn Bhd), Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi (Universal Music Publishing Sdn Bhd) dan Komposer Muda Berpotensi (Zubir Khan).

Komposer dan penerbit, Eddie Hamid juga menerima Anugerah Nadi Cipta atas baktinya kepada industri muzik tanah air.

Tetamu yang hadir di Anugerah MACP 205 turut dihiburkan dengan persembahan oleh artis popular tanah air antaranya Firdhaus, Zubir Khan, Ezad Lazim dan Ella.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top