“Maaf Abang Tak Mampu Bagi Lebih…” – Ina Naim Sebak Terima Rantai Emas Daripada Hadie Sempena Hadiah Ulang Tahun

Tindakan anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Hadie, mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan seutas rantai emas kepada ibunya sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Hadie atau nama sebenarnya Ehmad Hadie Elfardie Mohd. Suhaimi Saad berkongsi video memaparkan momen menyentuh hati saat ibunya kelihatan sebak ketika menerima hadiah tersebut.

Menurut Hadie, dia sedar hadiah yang diberikan tidak seberapa, namun itulah yang termampu untuk membahagiakan insan tersayang.

“Maaf ibu (Ina), abang tak mampu bagi lebih. Selamat Hari Jadi syurgaku,” katanya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat keikhlasan Hadie dalam menghargai ibunya.

Di ruangan komen, ramai memuji sikapnya yang dianggap ‘meratukan’ ibu, malah ada yang menyifatkan Hadie seakan mengikut jejak langkah Allahyarham Suhaimi yang sebelum ini dikenali sebagai seorang suami dan bapa yang cukup memanjakan Ina.

@_ehmadhadie

Minta Maaf bu abang x mampu bagi lebih.. Selamat Hari Jadi Syurgaku🌹🥲

♬ bunyi asal – BUNGAAPRIL8337 – MAMARAYYAN8337

Source link

OR

Scroll to Top