“Maaf Ada Lagu Tak Nyanyi Malam Ini, Ada 60 Lagi Konsert  Lepas Ini”

“Maaf Ada Lagu Tak Nyanyi Malam Ini, Ada 60 Lagi Konsert  Lepas Ini”

“Maaf Ada Lagu Tak Nyanyi Malam Ini, Ada 60 Lagi Konsert  Lepas Ini”


Meskipun sudah dua hari berlalu Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu masih menjadi bualan ramai.

Turut menjadi perhatian, menerusi satu video yang ditayangkan sebelum konsert bermula Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Nurjiwa hasil jualan tiket konsert berkenaan.

BACA: Siti Nurhaliza Rujuk Doktor Pakar Untuk Pulihkan Suara

Seramai 65,000 peminat membanjiri stadium, Siti menyampaikan lebih 40 buah lagu menerusi empat segmen berbeza.

Sementara itu, Siti turut memohon maaf seandainya lagu yang peminat mahukan tidak dinyanyikan pada malam tersebut serta berseloroh ada 60 konsert menanti selepas ini.

“Maafkan saya jika ada lagu yang anda ingin saya nyanyikan tetapi saya tak menyanyi malam ini. Jangan risau ada 60 lagi konsert saya selepas ini,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top