“SAYA mohon maaf kepada pemain atas kekurangan ini.” Itu reaksi awal penolong pengendali Kelantan Darul Naim FC, Rezal Zambery Yahya menjelang perlawanan terakhir Liga Super, menentang pasukan berprofil tinggi Kuala Lumpur City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Malah, selepas mengharungi 23 perlawanan mengumpul tujuh mata – dua menang, satu seri, 20 tewas – mengumpul tujuh mata, jauh di sudut hati Rezal Zambery juga bekas pemain kebangsaan itu mengakui rasa tanggungjawab dan kepedulian tinggi pemain terhadap The Golden Deers faktor mereka masih berjuang bersama kelab pantai timur yang menghuni tangga ke-13 dalam kalangan kelab bertanding musim ini.
“Rasa tanggungjawab dan kepedulian tinggi terhadap pasukan Kelantan Darul Naim FC adalah kunci utama mereka dapat menghabis saingan Liga Super.
“Selain itu, Liga Super juga pentas kompetitif bagi pemain-pemain muda Kelantan Darul Naim mematangkan pemainan masing-masing bagi meneruskan karier bola sepak selepas ini.
“Dan secara peribadi saya mohon maaf kepada semua pemain atas segala kekurangan ini, maaf pemain, kalian tetap wira,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.
Pada masa sama Rezal Zambery juga berterima kasih kepada pemain-pemain yang memberikan komitmen terhadap pasukan berkenaan.
“Saya respek komitmen setiap pemain yang masih bersemangat berjuang bersama Kelantan Darul Naim sampai ke hujung musim biarpun pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini dengan pelbagai masalah,” katanya.
LIGA SUPER
AHAD (20 APRIL)
Sabah FC lwn Perak FC
(Stdm Likas, 9 malam)
Negeri Sembilan FC lwn Kuching City FC
(Stdm Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 9 malam)
Terengganu FC lwn Kedah Darul Aman FC
(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)
Kuala Lumpur City FC lwn Kelantan Darul Naim FC
(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 9 malam)