“Maaf Tak Mampu Bagi Lebih” – Hadie Hadiah Ina Naim Rantai Emas

“Maaf Tak Mampu Bagi Lebih” – Hadie Hadiah Ina Naim Rantai Emas


Anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Hadie menghadiahkan ibunya, Ina Naim seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Hadie memuat naik video memaparkan ibunya dilhat sebak menerima hadiah istimewa itu.

BACA: Hadie Bimbing Kanak-Kanak Mengaji Dipuji Netizen

Dalam hantaran berkenaan, Hadie memohon maaf kerana tidak mampu memberi lebih serta mengucapkan selamat hari lahir buat ibu tercinta.

Perkongsian Hadie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji penyanyi muda itu yang meratukan ibunya seperti dilakukan arwah bapanya.






Source link

OR

Scroll to Top