MABA harap Tahun Baharu Cina hadirkan kecemerlangan

MABA harap Tahun Baharu Cina hadirkan kecemerlangan



ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tahun 2024 menjadi detik gemilang buat Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) di bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Lee Tian Hock, apabila sukan ini semakin berkembang dengan kemunculan pemain muda berbakat serta peningkatan kekuatan keseluruhan pasukan negara.

Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, Tian Hock berkesempatan menyampaikan amanat agar MABA dan sukan bola keranjang keseluruhannya terus mencapai prestasi cemerlang tahun ini.

“Bukan sahaja prestasi pemain tempatan semakin mantap, malah pencapaian di pentas antarabangsa turut menunjukkan peningkatan ketara. Lebih membanggakan, Malaysia kini mencatat sejarah apabila melahirkan pemain import Asia pertama yang beraksi dalam Liga Super Asia Timur (EASL).

“Dalam arena tempatan, liga kebangsaan serta kejohanan domestik semakin rancak dengan persaingan sengit, menjadikan bola keranjang lebih menarik untuk disaksikan. Semua ini tidak dapat dipisahkan daripada sokongan padu peminat yang terus menjadi tulang belakang perkembangan sukan ini,” katanya.

Tambahnya, badan induk itu akan terus bekerjasama rapat dengan 18 persatuan gabungan untuk memacu pembangunan bola keranjang di Malaysia.

“Kami akan kekal berpegang pada matlamat asal, terus berkhidmat untuk peminat, membawa lebih banyak kejohanan bertaraf tinggi, serta menganjurkan kem latihan berkualiti,” kata Maba dalam satu kenyataan.

Maba juga menegaskan komitmen mereka terhadap lima projek perintis utama sebagai langkah menuju ke arah kemampanan sendiri dalam sukan ini.

“Ayuh kita bekerja bersama dan terus mengangkat bola keranjang Malaysia ke tahap lebih tinggi. Selamat Tahun Baharu Cina, agar tahun ular ini terus memberi kekuatan dan kesihatan yang baik buat semua,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top