MACA Nilai bakal pusat latihan utama SPRM

MACA Nilai bakal pusat latihan utama SPRM



harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) Nilai di Negeri Sembilan bakal menjadi fasiliti utama bagi menjalankan kursus asas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Indera Junipah Wandi berkata, ia juga akan dijadikan pusat latihan strategik untuk membina nilai integriti serta profesionalisme dalam kalangan pegawai agensi itu.

“Saya percaya MACA akan dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta menyeluruh bagi melahirkan pegawai berkompetensi tinggi.

“Bangunan ini akan menjadi fasiliti utama dalam pelaksanaan Kursus Asas Pegawai SPRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerja penyelenggaraan dan baik pulih fasa pertama yang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan di premis itu membabitkan struktur bangunan, pendawaian elektrik, sistem penyaman udara, sistem pencegah kebakaran, pembaikan jalan dan padang kawad.

Sementara itu, Jurutera Awam, Penguasa Bahagian Pengurusan Korporat & Cawangan Perancangan Aset Bersepadu JKR Negeri Sembilan, Marlinah Mohamad berkata, projek baik pulih itu menelan belanja hampir RM3 juta.

Bercakap mewakili Pengarah JKR Negeri Sembilan, Marlinah berkata projek mengambil masa sekitar lima bulan sahaja untuk disiapkan.

Terdahulu, Indera menyaksikan upacara menandatangani dokumen penyerahan MACA antara Penagarahnya, Datuk Saiful Ezral Ariffin dan Jurutera Daerah, JKR Daerah Seremban, Ir. Ainor Izman Maimon @ Mahmood.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top