'Macam mana nak berhenti, tauke makin ramai, bekalan mudah' – Alasan penagih

'Macam mana nak berhenti, tauke makin ramai, bekalan mudah' – Alasan penagih


nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Empat beradik dan seorang ipar mereka mendakwa kewujudan tauke dadah yang ramai selain harga pil kuda semakin murah iaitu RM5 sebiji menyebabkan mereka sukar mengekang ketagihan dadah.

Mereka yang tinggal di Kampung Kutan Pasir mendakwa, boleh dikatakan hampir setiap hari mengambil dadah sejak lima tahun lalu.

Salah seorang daripada mereka yang berusia 50 tahun berkata, dia mempunyai 12 beradik dan empat daripada mereka terbabit dengan penyalahgunaan dadah sejak lima tahun lalu.

“Saya sudah empat kali ditangkap oleh AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan), manakala tiga adik saya dan adik ipar saya baru pertama kali ditangkap malam tadi.

“Boleh dikatakan sejak beberapa tahun lalu hampir setiap hari mengambil pil kuda kerana ketagihan dan sangat sukar untuk berhenti.

“Macam mana nak berhenti, tauke makin ramai dan bekalan mudah dibeli. Pil kuda juga murah hanya RM5.

“Selain rasa ketagih, pengambilan pil kuda juga membuatkan mereka kuat bekerja sebagai tukang rumah,” katanya ketika ditemui di pejabat AADK di sini, hari ini.

Mereka antara 161 yang ditahan menerusi Ops Perdana yang dilakukan AADK selama empat hari sehingga hari ini.

Daripada 161 yang ditahan, seramai 157 positif dadah dengan kebanyakannya adalah methamphetamin selain opiat, benzo dan ganja.

Penagih itu turut mendakwa, kegiatan mereka juga diketahui oleh kedua ibu bapa yang tinggal bersama.

“Dalam rumah kami terdapat tiga keluarga membabitkan hampir 20 individu termasuk nenek. Mereka tahu kami mengambil dadah namun hanya mendiamkan diri memandangkan kami sudah ketagihan.

“Payah nak berhenti, setiap hari rasa mahu ambil dadah walaupun sudah empat kali ditahan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top