Susulan tubuhnya dilihat semakin kurus, ada segelintir individu menuduh penyanyi dan pelakon Andi Bernadee mengambil barang terlarang.
Tampil menjawab tuduhan netizen itu, Andi berkata dia berdepan masalah kesihatan dikenali sebagai penyakit graves iaitu gangguan autoimun.
BACA: Berat Badan Kini 46 Kg, Andi Bernadee Nafi Ambil Bahan Terlarang

Menjawab komen netizen di Instagram, Andi berkata sehingga hari ini dia masih berulang alik ke hospital dan penyakit tersebut menyebabrkan berat badannya turun mendadak.
Memetik Harian Metro, Andi berkata pada awalnya da menyangka gejala dialaminya termasuk sesak nafas degupan jantung laju sehingga terjaga daripada tidur dalam keadaan berpeluh berpunca daripada tekanan kerja.
“Masa itu saya anggap mungkin stress (tekanan) sebab sibuk dengan album yang ambil masa lama untuk disiapkan.
“Bila buat persembahan, saya ada masalah pernafasan, nafas jadi pendek. Tangan dan kaki pula menggeletar, kadang-kadang rasa sejuk.
“Pegang telefon pun tangan menggigil, bawa kereta pun kaki nak tekan pedal minyak jadi sukar sebab ‘shaky’. Saya ingat mungkin ketika itu saya kena ‘anxiety’,” katanya.
Dalam pada itu, Andi berkata kesihatannya semakin baik, namun masih bergantung kepada ubat-ubatan. Tambahnya seandainya pembedahan membuang kelenjar tiroid dilakukan dia perlu mengambil ubat seumur hidup.
“Doktor ada cadangkan pembedahan, tetapi saya pilih untuk makan ubat. Kalau buang kelenjar tiroid, saya kena makan ubat seumur hidup dan tidak boleh langkau (makan ubat).
“Kalau tidak makan ubat, saya tidak boleh bernafas, paru-paru boleh berhenti dan boleh membawa maut,” katanya.
Sumber: Harian Metro






