Penampilan terbaru pelakon Norreen Iman menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar mengenakan turban menampakkan bahagian leher sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi.
Menerusi hantaran itu, Norreen berkongsikan gambar berkenaan kehidupannya sejak kebelakangan ini.
BACA: Norreen Iman Sah Bercerai Talak Satu
Seperti sudah dijangka, diruangan komen rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat agar Norreen terus istiqamah untuk bertudung.
Tidak kurang juga, ada yang mendakwa pelakon itu seolah memberi bayangan untuk kembali free hair.
Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan mengenai pemakaian Norreen yang sebelum ini yang dilihat berpakaian labuh dan tiba-tiba memakai pakaian ketat.







