Machan FC angkat bendera putih

Machan FC angkat bendera putih



sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Isu kewangan terus menghantui saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila terbaharu, pasukan Machan FC yang yang beraksi di Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank terpaksa menarik diri daripada meneruskan baki perlawanan liga atas faktor kewangan.

Menurut kenyataan rasmi dari Presiden Machan FC, Azizi Fauzi, keputusan itu terpaksa diambil selepas pihaknya mengalami masalah kewangan termasuk kos perlawanan di tempat lawan dan mereka sudah berbelanja hampir RM1 juta setakat enam bulan ini.

Jelasnya, pihak kelab bertanggungjawab penuh diatas apa yang berlaku tanpa menunding jari kepada mana-mana pihak serta memohon maaf kepada semua pemain kerana hajat dan visi kelab untuk mengetengahkan bakat pemain tempatan bagi beraksi di peringkat kebangsaan tidak dapat diteruskan.

“Seperti semua sedia maklum, kelab Machan FC sudah bergerak menggunakan dana sendiri sepanjang Liga A1 Semi-Pro berlangsung. Kita juga sudah mencuba untuk memohon dana daripada Kementerian Belia dan Sukan Sarawak.

“Namun kita akur dengan jawapan Menteri yang bajet kementerian tidak merangkumi penajaan untuk kelab-kelab Liga A1 yang dilihat sebagai Semi-Pro.

“Setelah 12 perlawanan dan hampir enam bulan, pasukan Machan FC bersaing dalam Liga A1 Semi-Pro, pihak pengurusan kelab sudah berbelanja hampir RM800,000 duit sendiri.

“Di mana kos untuk pengangkutan sahaja, sekali perlawanan di tempat lawan, mencecah RM35,000 sekali gus membebankan perjalanan kelab,” katannya menerusi kenyataan rasmi hari ini.

Selain itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Liga Bolasepak Amatur (AFL) , Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak serta Sarawak Sports Corporation kerana membantu Machan FC menyediakan venue sepanjang liga berlangsung.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top