MAG tampil inovasi terkini di MATTA Fair 2024, tawar diskaun sehingga 30 peratus

MAG tampil inovasi terkini di MATTA Fair 2024, tawar diskaun sehingga 30 peratus


Kuala Lumpur: Malaysia Aviation Group (MAG) terus memantapkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri penerbangan dengan penyertaan yang paling besar di Pameran Pelancongan Antarabangsa MATTA Fair 2024.

Berlangsung dari 6 hingga 8 September 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), acara tahunan ini dianjurkan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan menjadi tumpuan utama bagi penggemar pelancongan di seluruh negara.

Sebagai Rakan Rasmi dan Penaja Utama pameran ini, MAG menyediakan pelbagai promosi perjalanan dan tawaran eksklusif yang merangkumi rangkaian syarikat penerbangannya seperti Malaysia Airlines, Firefly, MASwings, serta produk gaya hidup daripada Journify dan Enrich.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, pengunjung boleh menikmati diskaun sehingga 30% ke atas tambang penerbangan Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan Malaysia Airlines, serta ke semua destinasi yang ditawarkan oleh Firefly.

Tawaran istimewa ini berlangsung dari 5 hingga 16 September 2024 dan sah untuk perjalanan sehingga 31 Ogos 2025, menjadikannya peluang yang tidak patut dilepaskan oleh para pelancong.

“Ahli Enrich turut diberikan keistimewaan dengan tempahan awal pada 4 September 2024, sehari sebelum jualan bermula, di samping penjimatan tambahan dengan potongan 5,000 mata untuk penebusan penuh di Enrich Hotels.

“Pemegang kad EnrichMoney dan pemegang kad AmBank Enrich Visa Credit juga tidak ketinggalan menikmati diskaun tambahan sebanyak 5.0 peratus, ganjaran 5X EnrichMoney Points, serta 2X Bonus Enrich Points,” katanya.

Pengalaman Menarik di MAG Arena

MAG Arena yang berkeluasan 11,000 kaki persegi di MATTA Fair 2024 menjanjikan pengalaman yang luar biasa kepada pengunjung. Dengan pelbagai aktiviti dan inovasi interaktif, MAG membawa pengunjung menerokai dunia penerbangan dan pelancongan yang canggih.

Antaranya, pengunjung boleh menikmati pameran produk secara maya dengan definisi tinggi, di mana mereka boleh meneroka kabin pesawat A330neo menerusi teknologi Realiti Maya (VR).

MAG berkata, kabin berkenaan menampilkan tempat duduk Kelas Perniagaan Elevation daripada Collins Aerospace dan tempat duduk Kelas Ekonomi Recaro CL3810 yang telah memenangi pelbagai anugerah.

“Lebih menarik lagi, pengunjung juga boleh menikmati pengalaman Realiti Terimbuh (AR) melalui penapis khas di telefon pintar mereka, di samping merasai pengalaman berjalan di dalam kabin 360° buat pertama kali.

“Di samping itu, peminat sukan bola sepak berpeluang bertemu dengan legenda Manchester United secara eksklusif di MAG Arena. Ini adalah peluang emas bagi peminat tegar untuk berinteraksi dengan idola mereka sambil menyertai pelbagai permainan yang disediakan di zon Rakan Sukan Global Malaysia Airlines,” kata kenyataan itu,

Penerokaan Teknologi Masa Depan

Sementara itu, MAG turut memperkenalkan pelbagai teknologi masa depan yang akan mengubah cara melancong.

Pengunjung boleh mencuba photobooth berasaskan AI yang membolehkan mereka “melancong” ke destinasi impian secara serta-merta melalui teknologi canggih Google Gemini.

“Bukan itu sahaja, perancang perjalanan AI juga diperkenalkan di mana pengunjung hanya perlu memasukkan maklumat seperti destinasi, bilangan teman perjalanan, tempoh percutian, dan bajet untuk menerima itinerari peribadi yang disesuaikan dengan keperluan mereka.

“MAG Arena juga dilengkapi dengan ruang pertemuan yang mampu menampung lebih 100 pelawat dan rakan industri pada satu-satu masa.

“Ini mencerminkan komitmen MAG untuk menjalin kerjasama strategik dengan lembaga pelancongan, rakan perdagangan, penyedia teknologi, dan pelbagai entiti lain dalam ekosistem pelancongan. Tahun ini, MAG merancang untuk memeterai pelbagai perjanjian penting yang akan memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan,” katanya.

Pertandingan dan Hadiah Lumayan

Selain itu MAG berkata, salah satu acara yang paling dinanti-nantikan di MATTA Fair 2024 ialah Pertandingan Pembeli yang dianjurkan bersama oleh Malaysia Airlines dan MATTA.

“Pengunjung yang bertuah berpeluang memenangi 23 tiket penerbangan pergi balik ke destinasi menarik, termasuk tiket Kelas Perniagaan ke London dan Da Nang, serta tiket Kelas Ekonomi ke Jepun dan Vietnam. Pertandingan ini pastinya menambah keterujaan kepada pengunjung yang hadir,” tambahnya.

MAG Arena yang terletak di Aras 3, MITEC, akan menjadi destinasi utama pengunjung MATTA Fair 2024. Dengan pelbagai aktiviti menarik, tawaran eksklusif, dan hadiah yang lumayan, MAG memastikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat semua yang hadir. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai MATTA Fair 2024 dan menikmati pengalaman pelancongan yang luar biasa bersama MAG.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top