Maghribi rangkul Piala Dunia B-20 pertama selepas tundukkan Argentina

Maghribi rangkul Piala Dunia B-20 pertama selepas tundukkan Argentina


Pemain pasukan Maghribi meraikan kemenangan bersama trofi selepas memenangi perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Bawah 20 Tahun menentang Argentina di Stadium Nasional, Santiago. Foto AFP

PASUKAN bawah 20 tahun (B-20) Maghribi menjuarai Piala Dunia B-20 FIFA buat julung kalinya pada Ahad selepas menewaskan Argentina selaku juara terbanyak kejohanan itu 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Chile, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Yassir Zabiri meletakkan skuad Atlas Cubs di depan pada minit ke-12 menerusi sepakan percuma sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-29 melalui sepakan voli.

Argentina cuba bangkit tetapi dinafikan oleh pertahanan Maghribi yang lebih berdisiplin serta aksi cemerlang penjaga gol Ibrahim Gomis yang menyelamatkan percubaan berbahaya lawan pada minit ke-83.

Skuad kendalian Mohamed Ouahbi itu kekal lebih tersusun dan mengawal permainan sehingga wisel penamat untuk memastikan kemenangan bersejarah tersebut.

Maghribi mara ke final selepas menewaskan Sepanyol, Brazil, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Perancis. Kemenangan itu menjadi satu lagi pencapaian besar dalam tahun gemilang bola sepak Maghribi. Bernama-Anadolu

 

 

Ringkasan AI

  • Pasukan bawah 20 tahun Maghribi menjuarai Piala Dunia B-20 FIFA buat pertama kalinya menewaskan Argentina 2-0
  • Yassir Zabiri mencetak kedua-dua gol bagi Maghribi pada minit ke-12 dan ke-29
  • Argentina gagal bangkit akibat pertahanan Maghribi dan penjaga gol Ibrahim Gomis yang cemerlang
  • Maghribi diurus oleh Mohamed Ouahbi dan bermain secara teratur dan terkawal
  • Maghribi menyingkirkan pasukan kuat termasuk Sepanyol, Brazil, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Perancis dalam perjalanan ke final



Source link

OR

Scroll to Top