Beijing: Sebuah mahkamah di Beijing memerintahkan Malaysia Airlines membayar pampasan kepada beberapa keluarga penumpang yang hilang dalam penerbangan MH370 lebih 2.9 juta yuan (AS$410,240 atau RM1.9 juta) bagi setiap kes, lapor penyiar negara CCTV pada Isnin.
Keputusan itu adalah untuk lapan kes yang membabitkan lapan penumpang, menurut CCTV.
Sebanyak 47 kes lain sudah diselesaikan dan ditarik balik, manakala baki 23 kes masih dalam perbicaraan, kata penyiar itu.
Bagaimanapun, Malaysia Airlines tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan untuk mengulas perkara itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd






