“Mahu Jodoh Yang Ada Sifat Macam Rasulullah Tapi Saya Sedar Diri”

“Mahu Jodoh Yang Ada Sifat Macam Rasulullah Tapi Saya Sedar Diri”


Pelakon Isyariana berkata dia memasang hasrat untuk dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri sama seperti Nabi Muhammad.

Menerusi satu hantaran di Threads, Isyariana berkata jawapan itu sering terlintas apabila ada yang bertanyakan jodoh bagaimana yang dia mahukan.

BACA: Isyariana Cari Lelaki Beriman & ‘Berharta’

Bagaimanapun, Isyariana berkata dia perkara itu tidak pernah terucap kerana sedar dengan kekurangan diri.

“Sebenarnya bila org tanya saya nak jodoh macam mana, jawapan dalam hati jodoh yang ada sifat macam Rasulullah SAW. Tapi tak tercakap sebab sedar diri. Jadi, saya pilih untuk single,” katanya.

Terdahulu, Isyariana mengakui dirinya masih single dan mahu mencari lelaki yang berharta dan beriman namun tidak menunjuk diri mereka kononnya alim

 Isyariana menjelaskan lelaki berharta yang disebut bukan lelaki kaya raya sebaliknya bertanggunjgawab dan rajin bekerja dalam mencari nafkah.






Source link

OR

Scroll to Top