Mahu 'naik' dengan cara dan gaya sendiri

Mahu 'naik' dengan cara dan gaya sendiri

Mahu 'naik' dengan cara dan gaya sendiri


mohamadridzuan@hmetro.com.my

Lagu raya pertama mereka, Raya Tak Nak Single hanyalah sekadar lagu kerana hakikatnya Zaki Yamani, 20, dan Merrah, 19, masih muda dan masih belajar.

Perjalanan mereka masih panjang untuk memikirkan soal pasangan hidup. Zaki dan Merrah perlu mengejar matlamat hidup yang ditentukan baik oleh bapa mahupun ibu masing-masing.

Bagaimanapun, yang pasti sebagai anak selebriti terkenal, kedua-dua mereka perlu menjaga nama baik keluarga mereka agar tidak menjadi bahan kecaman ramai.

Zaki atau Ahmad Zaki Yamani yang terlebih dahulu mengecapi populariti berbanding Merrah bersyukur ayahnya, Datuk Jamal Abdillah seorang yang memahami dan tidak banyak campur tangan dalam soal kariernya.

“Saya selalunya akan siapkan lagu sepenuhnya sebelum tunjuk kepada ayah. Jadi dia tak boleh komen apa-apa kerana benda dah siap dan keluar.

“Sebelum ini saya tak banyak beritahu ayah dan hanya bincang dengan ibu. Itulah kebiasaannya. Tapi saya tahu ayah seorang yang ‘sporting’.

“Dia pun selalu mendoakan agar saya sukses dalam karier dan pelajaran. Ayah tetap ambil berat perkembangan saya dan saya tetap berbangga dengan ayah,” katanya.

Menyentuh mengenai kebebasan sebagai remaja, Zaki mengakui itu bukanlah masalah kerana dia tidak gemar keluar rumah.

“Saya susah nak keluar rumah sebab suka duduk rumah. Tapi ada masa saya akan keluar juga. Biasanya saya akan duduk rumah sebab kalau keluar rumah pun banyak kos kena keluarkan.

“Jadi lebih baiklah duduk rumah. Mana tahu saya nak simpan duit untuk masa depan. Bukanlah tak keluar rumah langsung tapi tak terlalu kerap,” katanya.

Manakala, Merrah atau Putra Ahmad Merrah pula mengakui perasaannya agak kekok apabila bergelar selebriti buat pertama kali.

“Saya sebenarnya tak anggap saya ini selebriti lagi. Tapi saya sangat gembira kalau orang labelkan saya sebagai selebriti. Tapi macam saya cakap tadi, saya tak ‘ready’ untuk gelarkan diri saya ini ‘somebody’ lagi.

“Sebagai seorang anak, sangat berat untuk bawa nama Datuk Awie sebab ayah saya ini legenda. Tapi saya lebih harap orang kenal saya sebagai Merrah, bukan sebagai anak Datuk Awie.

“Memang betul saya tak boleh lari daripada bayangan ayah. Tapi kami ada kelainan dari segi genre. Ayah semua genre boleh. Saya cuma boleh pop ballad. Genre rock ini saya kurang sikit,” katanya.

Bercakap soal kebebasan sebagai remaja, Merrah mengakui mempunyai had tertentu.

“Boleh keluar rumah tapi jangan balik lambat sangat. Kalau ada kelas, balik sebelum jam 11 malam. Kalau tiada kelas, bolehlah beri peluang.

“Kalau lambat dia akan ‘call’ tanya Ayah tak garang, dia kelakar sebenarnya tapi jangan buat masalah. Tiada unsur garang pun pada dia. Cumanya dia tegas namun kelakar. Tapi apabila dia nasihat, sangat menusuk kalbu,” katanya.

Agenda Raya Zaki dan Merrah

Bercerita berkenaan sambutan Aidilfitri, Zaki berkata, dia biasanya akan terbabit dengan persembahan di majlis Rumah Terbuka pada raya pertama.

“Saya ambil sebab saya rasa bekerja sama sahaja. Saya dah biasa bekerja sambil belajar. Dah tiga tahun saya ambil ‘show’ begini. Bayarannya rahsia tapi harga ayah lebih mahal.

“Untuk tahun ini saya akan beraya di Shah Alam dan kalau ada rezeki lebih akan raya di Teluk Intan. Saya akan beraya di rumah arwah atuk pada raya kedua.

“Saya dengan emak saja. Senanglah nak buat apa saja,” katanya yang sudah biasa melalui pengalaman beraya begini.

Sementara itu, Merrah akan bercuti sambil menyambut Aidilfitri di Pulau Pinang bersama keluarganya.

“Raya pertama memang wajib raya bersama-sama, tiada pengecualian. Hari pertama itu juga kami sekeluarga akan keluarkan air mata masa bersalam raya.

“Kami adik-beradik takkan menangis kalau orang tak menangis. Kalau nampak mak saya atau ayah saya walau keluar air mata sikit, kami dah tak boleh tahan. Kiranya hati tisu juga,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top