MAIWP agih dana zakat lebih RM300 juta, komited bantu asnaf

MAIWP agih dana zakat lebih RM300 juta, komited bantu asnaf


KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengagihkan sejumlah RM314,879,762.44 dana zakat kepada asnaf setakat 21 April lalu.

Pengerusinya, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, kejayaan itu diperoleh menerusi pelbagai inisiatif dan kluster bantuan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Keupayaan MAIWP melaksanakan bantuan berskala besar adalah hasil sokongan berterusan masyarakat Islam yang menunaikan zakat melalui MAIWP dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).

“Ia membuktikan bahawa ekosistem zakat yang telus dan efisien mampu menjadi pemacu utama kepada keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat di bandar raya,” katanya.

Terdahulu, MAIWP menganjurkan program Rahmah Syawal Madani: Jalinan Aidilfitri Bersama Asnaf yang berlangsung di Dewan Perdana FELDA, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, hari ini.

Pada program sama, sejumlah RM138,000 dana zakat  diperuntukkan bagi sumbangan khas bernilai RM200 dan cendera hati bernilai RM120 untuk diberikan 400 orang asnaf manakala 200 orang kanak-kanak menerima RM50 duit raya. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top