Majlis tilawah, hafazan wadah perkukuh ukhuwah umat Islam

Majlis tilawah, hafazan wadah perkukuh ukhuwah umat Islam


SHAH ALAM: Penganjuran majlis tilawah dan hafazan Al-Quran perlu menjadi wadah memperkukuh hubungan baik sesama umat Islam selain memberi impak signifikan kepada masyarakat khususnya di negeri ini.

Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program tahunan tersebut mampu membentuk masyarakat berilmu dan berakhlak seperti mana dinyatakan dalam Al-Quran sebagai sumber kebijaksanaan.

“Kerana melalui penyertaan dan sokongan terhadap majlis ini, kita menyaksikan perpaduan dan kerjasama yang erat dalam usaha (semua pihak) menjunjung kalimah Allah SWT.

“Dengan memahami dan mengamalkan isi Al-Quran, kita dapat melahirkan individu yang cemerlang, sekaligus dapat membina sebuah negeri maju dan sejahtera,” katanya ketika berucap pada perasmian pembukaan Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor, malam tadi.

Tambahnya, penganjuran majlis itu diharap dapat menyemarakkan minat golongan muda terhadap seni tilawah dan hafazan Al-Quran dan menjadikan ia sebagai salah satu mekanisme pembentukan generasi berakhlak mulia, berpengetahuan luas, dan teguh iman

Jelasnya, selain peluang sebagai platform yang membuka peluang kepada qari, qariah, hafiz, dan hafizah mengasah bakat, ia juga dapat membawa nama Selangor ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Majlis tilawah dan hafazan yang bermula pagi semalam hingga 7 Februari menyaksikan 10 peserta hafazan memperdengarkan hafalan mereka. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top