“Mak & Nubhan Tulang Belakang Saya Jadi Doktor Gigi”

“Mak & Nubhan Tulang Belakang Saya Jadi Doktor Gigi”


Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkongsikan sebab mengapa dia menjadi doktor gigi dalam satu podcast baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Dr Afifah berkata menjadi doktor gigi bukan cita-citaya tetapi ibunya. Afifah turut berkongsikan kisah dia melanjutkan pengajian ke luar negara iaitu ke Mesir.

BACA: “Tak Dapat Tengok Abah, Tengok Anak Ibu Sorang Ni Pun Cukup Dah” – Dr. Afifah 

“Cita-cita nak jadi doktor gigi sebenarnya cita-cita mak saya. Tapi mak saya taknak saya belajar di Malaysia tapi nak saya lanjutkan pengajian ke luar negara. 

“Alhamdulillah, bila saya sampai di Mesir agak berat juga nak jadi doktor gigi sebab banyak perkara perlu belajar tapi dekat sana adalah main-main juga.

“Allah dah takdirkan saya di Mesir untuk belajar jadi kurang sikit hiburan Alhamdulllah jadilah saya doktor gigi,” katanya.

Sementara itu, Dr Afifah berkongsikan dia lebih rajin untuk belajar apabila berada di tahun akhir dimana ketika itu dia sudah bertunang dan mahu menamatkan pengajian mengikut waktu yang ditetapkan.

“Turning point saya untuk belajar lebih rajin untuk jadi doktor gigi apabila saya sudah bertunang pada tahun akhir pengajian.

“Saya bertunang dua tahun sebelum graduasi dan kahwin setahun sebelum graduasi. Ketika itu saya fikir, kalau saya tak lulus, saya tak boleh balik Malaysia sebab dah nak kahwin,” katanya.

Dalam pada itu, Afifah turut berkongsikan ibunya dan Nubhan merupakan tulang belakang untuknya menjadi doktor gigi, malah penyanyi itu juga sering melawatnya ketika dia berada di Mesir.

“Walaupun main-main, tak study hard sangat tapi senang lulus. Tak tahulah mungkin sebab orang kata rezeki kahwin ni lain.

“Nubhan juga selalu datang melawat saya dekat Mesir, dia datang seminggu sebelum peperiksaan, memang saya jadi tak belajar tapi Alhamdulillah lulus. Rezeki kahwin.  Mak dan Nubhan banyak menjadi tulang belakang saya untuk menjadi doktor gigi,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top