“Makan Macam Biasa, Jangan Penuh Pinggan. Cut Gula” KHIRIAH Kurangkan Berat Badan Demi Watak Terbaru – Hijabista

“Makan Macam Biasa, Jangan Penuh Pinggan. Cut Gula” KHIRIAH Kurangkan Berat Badan Demi Watak Terbaru – Hijabista

Aktres senior tanah air, Noorkhiriah baru saja berkongsi rahsia kurusnya di media sosial.

Menurut Khiriah, dia kurus adalah demi sebuah watak.

Kredit Foto: khiriah17

Tidak mengambil sebarang produk kurus, Khiriah mendedahkan dia hanya mengamalkan cara semula jadi secara konsisten selama dua minggu.

Hasilnya, Khiriah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4kg dalam masa dua minggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

“Assalamualaikum, meh akak nak share 1 tip walaupun dah ramai yang tahu.

“Siapa-siapa nak kurus marilah kurus berjemaah secara sihat.

“Caranya CUT GULA.. makan macam biasa tapi jangan penuh pinggan.

“Ambil 1/2 atau suku nasi je.

“Alhamdulillah akak dari dari 52kg dah turun ke 48kg.”

Khiriah turut berkongsi foto perubahan dirinya sebelum dan selepas kurus.

Kredit Foto: khiriah17

Menurut Khiriah, bentuk wajah adalah yang paling ketara kesan daripada penurunan berat badan.

Wajahnya kini lebih terbentuk dan tirus berbanding sebelum ini.

Kredit Foto: khiriah17

Khiriah turut berpesan kepada para pengikut dan peminatnya di Instagram supaya kurus secara sihat di samping menjaga pemakanan dan bersenam.

“Kuruslah secara sihat. Jaga pemakanan kita dan rajin-rajinlah bersenam juga.”

Menurut Khiriah, salah satu aktiviti kecergasan yang boleh dilakukan ialah briskwalk selama 40 minit.

Kredit Foto: khiriah17

Khiriah turut berkongsi beberapa menu sihat sepanjang misi mengurangkan berat badan.

Kredit Foto: khiriah17
Kredit Foto: khiriah17
Kredit Foto: khiriah17

Semoga Khiriah kekal istiqamah untuk menjaga pemakanan dan amalan gaya hidup sihat.

BACA JUGA: Fenomena ‘Tudung Terbang’ Di Kalangan Selebriti Buat Noorkhiriah Hiba! Titip 3 Pesan Ini..

 

 

 

The post “Makan Macam Biasa, Jangan Penuh Pinggan. Cut Gula” KHIRIAH Kurangkan Berat Badan Demi Watak Terbaru appeared first on Hijabista.

OR

Scroll to Top