“Makan You Je Lah” – Dialog Manja Uqasha Senrose, Zul Ariffin Dalam ‘Bisik Asmara’ Buat Penonton Resah!

“Makan You Je Lah” – Dialog Manja Uqasha Senrose, Zul Ariffin Dalam ‘Bisik Asmara’ Buat Penonton Resah!

“Makan You Je Lah” – Dialog Manja Uqasha Senrose, Zul Ariffin Dalam ‘Bisik Asmara’ Buat Penonton Resah!


Gandingan mantap pelakon popular, Uqasha Senrose dan Zul Ariffin menerusi drama terbaharu TV3, Bisik Asmara sekali lagi menyorot perhatian ramai.

Mana tidaknya, menerusi satu perkongsian video pendek di TikTok, Uqasha (Noreen) dan Zul Ariffin (Farhan) dilihat duduk bersebelahan di atas sofa sebelum Uqasha mengajukan pertanyaan kepada Farhan tentang makanan yang ingin dinikmatinya.

Bagaimanapun, dialog yang diungkapkan Farhan membuatkan rata-rata penonton berasa ‘panas punggung’.

“Nak makan apa later? Nak saya masak atau makan dekat luar?,” soal Uqasha.

“Makan you je lah,” balas Zul Ariffin.

@dramasangat Manjanya Han … ▶️ Saksikan #BisikAsmara -> Setiap Isnin-Khamis -> 10.00 Malam Di TV3! Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di app @iqiyimalaysia Dibintangi : @zul_ariffin sebagai Farhan @sophiekoshka sebagai Sheila @uqashasenrose2 sebagai Noreen @nadia.brian sebagai Aida
@Syazuwan.hassan sebagai Fikri @nafizmuaz sebagai Amirul @wannsahmad_official sebagai Nizam Dan ramai lagi ! Arahan : @khanmancung Terbitan:  @saphirescreen 
#DramaSangat #BisikAsmara #Samarinda #TV3Malaysia ♬ original sound – dramasangat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan episod seterusnya.

Bagaimanapun, terdapat segelintir daripada penonton menganggap adegan ‘panas’ sedemikian boleh mengundang pelbagai anasir negatif terutamanya dalam kalangan anak-anak muda.

Jangan lupa saksikan Bisik Asmara setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Samarinda TV3. Penonton juga boleh menonton secara eksklusif di iQIYI satu jam selepas siaran TV, sama ada melalui laman web rasmi atau aplikasi di Google Play dan App Store.





Source link

OR

Scroll to Top