“Makan You Je Lah” – Dialog Manja Zul Ariffin Dalam Bisik Asmara Buat Netizen Seram

“Makan You Je Lah” – Dialog Manja Zul Ariffin Dalam Bisik Asmara Buat Netizen Seram


Sejak kebelakangan ini drama Bisik Asmara menjadi bualan ramai memaparkan gandingan Zul Ariffin, Uqasha Senrose dan Sophia Albarakbah.

Menerusi satu video pendek dikongsikan, Uqasha membawa watak Noreen bertanyakan Farhan yang dilakonkan oleh Zul mengenai makanan. Bagaimanapun, dialog Farhan ternyata membuatkan ramai netizen terkejut.

BACA: “Tak Nak Kerjasama Dengan Orang Mengarut” – Zul Ariffin Tak Jadi Pindah Mekah

“Nak makan apa later? Nak saya masak atau makan dekat luar?” soal Uqasha.

“Makan you je lah,” balas Farhan.

Seperti sudah dijangka dialog tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen memaparkan babak sedemikian bimbang akan menomalisasikan perkara tidak sepatutnya.

Sementara itu, ada netizen memberikan pendapat banyak lagi drama yang boleh dihasilkan sekaligus memberi contoh yang baik berbanding drama sedemikian yang kini sering di tayangkan di kaca televisyen.






Source link

OR

Scroll to Top